TUHAN
Semua yang aku dengar
Di alam raya ini, dari ciptaan-MU
Ocehan burung, desiran dedaunan,
Gemerciknya air di pancuran
Nyanyian burung tekukur
Hambusan angin, suara guruh
Dan kilat yang berkejaran
Kini aku fahami sebagai tanda built
Atas keagungan-MU
Sebagai saksi abadi, atas keesaan-MU
Dan
Sebagai khabar berita bagi manusia
Bahawa tak suatu pun ada
Yang menandingi dan menyekutui-MU

 TUHANku,
Tenggelamkan aku dalam lautan cinta-MU
Hingga tak ada sesuatu pun menggangguku
Dalam jumpa-MU
TUHANku,
Bintang-bintang berkelipan
Manusia terlena dalam buai tidur
Pintu-pintu istana pun telah tertutup rapat
TUHANku,
Demikian malam berlalu
Dan inilah siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Adakah persembahan malamku KAU terima
Hingga aku berhak meneguk bahagia
Ataukah itu kau tolak, hingga aku dihimpit duka
Demi-MU
Inilah yang akan selalu kulakukan
Selama KAU beri aku kehidupan
Demi kemanusiaan-MU
Andai kau usir aku dari pintu-MU
Aku tak pergi berlalu
Kerana cintaku pada-MU sepenuh kalbu
Namaku Shahirul Azrienna bt Hairolmois..
Belaja di Kolej Risda, Melaka..
Ambil kos Keusahawanan..